KEK KAYANGAN

 KEK KAYANGAN

Sumber gambar : FB Azlina Ina Fan Page


Base kek boleh menggunakan kek span vanila atau kek span coklat.
Resepi Cream Cheese 1

500g cream cheese
1 cawan susu segar
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan whipping dairy

Cara-cara
pukul cream cheese dan susu manis hingga kembang. Masukkan whipping cream dan pukul sebati. kemudian masukkan susu dan mix sebati. Setelah itu, adunan cream cheese bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan flavour banana/mangga dan tambah sedikit pewarna kuning. dan satu bahagian lagi masukkan flavour strawbery dan pewarna pink.

Resepi Cream Cheese 2

500g cream cheese
1 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan    whipping dairy
blender sebati

Cara-cara
pukul cream cheese dan susu manis hingga kembang. Masukkan whipping cream dan pukul sebati. kemudian masukkan susu dan mix sebati. Setelah itu, adunan cream cheese bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan flavour laici dan tambah sedikit pewarna biru dan satu bahagian lagi masukkan flavour blubery atau yam dan pewarna ungu.

Cara-cara melapis kek dan Krim

  1. Belah kek kepada 3 layer.
  2. Masukkan kek layer pertama dan paipkan cream kuning
  3. Masukkan kek layer kedua dan lapiskan dengan cream pink,
  4. Kemudian, masukkan kek layer ketiga dan cream biru atau ungu ya.
  5. Akhir sekali lorek krim ikut suka dan boleh tabur dengan manik atau flakes untuk hiasan tepi atau tengah.
                             
Nota Tambahan :   
bekas besen = 2 besen
bekas kotak = 3 kotak
bekas sq 450 = 10-12



Sumber : Resepi Asal dari FB Page Azlina Ina Fan Page

Untuk makluman : Resepi ini adalah salinan asal dari FB Page Azlina Ina. Sekadar perkongsian dan rujukan bersama dengan bahasa yang lebih teratur dan di susun atur semula bagi memudahkan untuk simpanan dan cetakan.

Comments