Salam Aidil Fitri Salam Johor Bahru.

 Assalamualaikum & Salam Aidilfitri

Bismillah..                



        Lama tak jengah blok sejak saya sibuk dengan urusan harian urusan kerja. Masa berlalu begitu pantas, saya dh berhijrah ke Bandar Johor Bahru sejak Jun 2019 lagi berhijrah di sebabkan urusan kerja juga. Alhamdulillah.


        14 tahun meninggalkan Bandar Johor Bahru, walaupun kerap balik ke bandar ini namun byk perubahan dan berlaku di sekitar bandaraya ini. Banyak juga 'jalan tikus' yang dulunya akulah heroin cakap je mana je nk pegi tahu je semua jalan tikus tu.. tp sekarang dh tak lagi. nk ke satu-sau tempat pun aku perlukan bantuan waze atau google map. Semenjak ada apps, keyakinan diri untuk ke sesuatu tempat dah semakin kurang. 


        Tahun ni sambutan Aidilfitri adalah cara sederhana dan bersama keluarga sendiri sahaja sama seperti tahun lepas. Pandemik Covid 19 makin tinggi akhir-akhir ni. Masih ada segelintir yang tidak patuh SOP yag telah di tetapkan kerajaan masih ada yang degil, masih lagi tak punya kesedaran diri. selagi belum terkena pada diri sendiri atau ahli keluarga selagi tu la amalan baru tidak di praktikan. Bak kata pepatah dah terhantuk baru ternadah.


      

Sejak WFH ni dapat la monitor pelajaran anak-anak, kena jadi pengawas kat rumah ni sepanjang anak-anak PDPR sambil buat kerja dari rumah. yang pasti menu anak-anak pun kena penuhkan juga. Arini menu Nasi Lemak ayam, hehehe.. ayam KFC je dan minum petang donut & bombolini. 


Lama dah berangan nak buat donut & bombolini untuk anak-anak baru ni ada mood nak buat. sambil-sambil ajar adik buat bombolini untuk jualan harian bagi menambah pendapatan harian dia sekeluarga. di doakan di mewahkan reeki untuk dia sekeluarga. InshaAllah.


Insha Allah akan cuba konsisten update blog ini. doakan saya sihat sejahtera dan sempat saya update kat blog ini. 


Ya Rahman Ya Rahim Allah yang Maha Pengasih Allah yang Maha Penyayang.

        



Comments